Suasana di Tasik Pemaisuri hari ini indah. Sejuk, nasib baik sang matahari pun telah menyembungi diri. Kelihatan ramai juga warga kota menghabiskan masa mereka beriadah disini.
Aku seperti biasa sudah seminggu menjadi tetamu tidak diundang kerana menenami nenek yang sedang melawati Ayahteh di Hopital Universiti Kebangsaan Malaysia . Bukan niat aku untuk mengelak melawati Ayahteh tapi sudah hamper sebulan sejak aku tamat belajar aku jadi driver tidak bergaji pada nenek. Rasa cukuplah aku melawat Ayahteh setiap kali makan tengahari. Kesian aku lihat keluarga mereka, penyakit kencing manis menyebabkan Ayahteh terpaksa ibu jarinya di potong.
Sambil menarik nafas panjang aku menutup novel kegemaran aku “ aaaaaaaaa “ tulisan “aaaaa”, aku tertarik dengan sekumpulan rama-rama yang beterbangan, bebas cantik , berkumpulan tanpa kekokongan.
Lagu Anuar Zain Lelaki tiba-tiba kedengaran
“Hello !! Assalammualaikum nenek”
“ Waalaikummussalam, Anis kat mana ni.Nenek dah habis melawat ini ”
“ Ya ke? Lah ingatkan nenek nak suruh Anis hantar selimut tilam ke ?” usik aku sambil tergelak.
“ Bertuah punya cucu!! Kalau tak usik nenek sehari tak boleh ke? Dah dah habis karang kredit nenek ni. Cepat jemput”
“ Hahahha ok nanti orang datang lah ni” jawab aku sambil tersenyum.
Dalam aku berlari anak menuju ke kereta. Aku terfikir bila masa pulak nenek pakai prepaid, bukan ke akaun handphone dia tu sama dengan aku.Adoi !! nenek ni aku pula kena buli.
“ Adoi !! tiba kepala aku berpinar !! ”
Aku nampak bola tennis jatuh di depan aku.
“ Maaf maaf cik. Saya tak sengaja ”
“ Maaf!! Awak buta ke ? Awak tahu tak ni tempat apa? Parking kereta pun nak main bola ke ?” menjerit aku tanpa memandang suara tersebut sambil memegang benjol di kepala aku.
“ Maaf cik bola tu tersasar ”
“ Tersasar atau tidak itu tidak penting !! Yang penting kenapa awak main kat sini. Bodoh!! ” Alamak hensem juga mamat ini tapi peduli apa aku. Penting mamat ini perlu diajar dengan aku hari ini.
“ Cik saya dah minta maaf tak perlu lah menyumpah saya macam tu sekali ”
“ Habis tu nak cakap apa !! Nak cakap tidak mengapa tuan, lain kali buat lagi “ jawab sambil mata aku melihat ke cermin mata dia.
“ Ketepilah ” ucap aku sambil menolak badan dia menuju ke kereta.
“ Oh ya!! Nah bola awak ni. Lain kali lihat dulu. Jangan ingat tempat ini tempat parking awak pulak” ujar aku sambil membaling bola tersebut.
Alamak!! Terkena kepala dia. Hahahah!! Padan muka. Harapkan sahaja muka hensem tapi lembab. Sesampai sahaja aku di hospital, dari jauh aku dah nampak nenek aku tengah cekak pinggang. Marahlah tu.
“ Sorry nenek !! lewat. Tadi ada hal sekejap ” lantas aku turun sambil membuka bonet masukkan barang kebelakang.
“ Lewat!! Kenapa ? Dekat ½ jam nenek tunggu”
“ Alah mana ada ½ jam nenek ni. Baru dekat 15 minit. Memandai ajer nenek ” sambil mengelak dari pandangan nenek aku cepat-cepat angkat barang ke bonet.
Tetapi akhirnya nenek dapat juga melihat benjol biru di dahi aku.
“ Ini kenapa ni? Macam mana pula kepala kamu kena benjol ” dengan cemas nenek terus memegang kepala aku.
“ Adoi !! nenek jangan lah pegang” segera aku melarikan kepala aku.
“ Orang tengah nak bawa kereta ni. Tadi masa kat Tasik Pemaisuri tu lah entah macam mana terkena bola tennis budak-budak main rounders. Tu yang bengkak tu sebab tu orang lewat ” sambung aku sambil menghidupkan enjin.
“ Sampai macam tu sekali benjolnya”
“ Yalah nak buat macam mana dah terkena. Orang dah puas tadi marah jantan bodoh tu”
“ Jantan? Maksud kamu orang lelaki”
“ Yalah nenek habis tu jantan tu perempuan ke ? ” jawab aku dengan sebal
“ Hahahahha padan muka. Kata power apa tu orang kata brutal. Budak lelaki tu mesti kau dah habis menyumpahkan. ”
“ Alah nenek ni. Gelak pulak!! . Orang tengah sakit bukan nak tolong tapi dia gelakkan orang pula”
“ Yalah..yalah kesian cucu nenek ni. Nanti balik nenek tuam yer. Anis budak lelaki tu hensem tak?”
“ Nenek!!” menjerit aku.
Nenek aku, Kamariah lewat 60an tapi masih kuat lagi. Sesekalai kalau dapat membuli aku memang beliau aku suka sangat.
Aku teringat budak tu, entah macam mana lah agak dia sekarang. Lantaklah dia Sapa suruh kacau aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)